Merindui diri yang dulu, yang selalu mencari tuhannya ketika dalam senang dan susah, merindui diri yang penuh dengan segala pengharapan kepadaNya, merindui diri yang sentiasa merindui untk membaca surat cintaNya.
Merindui diri yang melafazkan segala doa dan harapan dengan penuh rasa bergantung kepadaNya.
Hari ini adalah 31 Disember untuk tahun Hijrah.
Selamat Tahun Baru.
Jangan lupa baca doa lepas asar dan sebelum maghrib.
Tuhan,
Aku memohon perencanaan terbaik darimu atas segala urusanku. Kurniakan aku dari yang terbaik disisiMu. Kau Tuhan, Yang Maha Mengetahui segalanya.
No comments:
Post a Comment